Hugo Qadri (New Artist)

April 6, 2013

Hugo Qadri’s Single & Album (will be released soon)

Listen to his music: click here

Hugo’s profile: click here

Advertisements

Monica Niken

April 1, 2012

Name: Monica Niken

Music Profile: click here

Aliff Aziz

June 2, 2010

Aliff Aziz

Performing Experience:

Winner of TKC Pop 80’s & 90’s contest by E-Ventions
Guest singer at Imran Ajmain’s album launch, Dec 06
1st Runner Up, Teen Star by Southwest CDC
Winner, Anugerah 2007
Sinar Lebaran 2007
Suria Segar
President’s Star Charity 2007
Manis Manja Hari Raya 2007
SingaRaya 2007 – New Spirit of Hari Raya
Lime Sonic Bang 2007 @ Siloso Beach
Rhapsodi Remix 2007
Aljunied GRC Lightup 2008
Countdown @ Boon Lay 2008
Sinaran Hati 2008
Hot FM Big Jam 2008
Pencarian Hero Remaja 07/08
Karnival Rewang-Rewang Kpak Bing Bing
Pesta Pesta Pesta 2008
Anugerah Planet Muzik 2008
Sinar Lebaran 2008
Salam Lebaran 2008 @ Fajar Square

Hao Ren

February 18, 2010

ZeeZoe

February 13, 2010

Anita Sarawak.

January 4, 2010

Anita Sarawak.

Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952[1]) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura, yang pernah menerima anugerah dari “Asian Entertainment Establishment” kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia.

Dilahirkan kepada seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang mashyur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak, walaupun mempunyai 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari.

Anita bermula kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.

Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar’s Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.

Kepopularannya disebabkan oleh usaha-usaha sentiasa mengubah gaya persembahannya. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa sentiasa menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain yang terbaik dalam dunia muzik.

Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hosTV di Malaysia Anita banyak mengacarakan rancangan2 hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & SURIA CHANNEL di Singapura antaranya seperti :

  • Phua Chu Kang (cameo appearance guest artist)
  • SPEAK OF A Diva
  • Bersama ANITA
  • MAHLIGAI KITA

Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu:

  • sewaktu dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia;
  • sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan;
  • mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro; serta
  • kontrak perakamannya dengan KRU.

Kini, Anita mempunyai sitcom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan “Anita Sarawak, Koleksi Cinta”.

Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1974 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975 , Anita berduet dengan Ismail Haron, dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita. Judul dan lagu-lagu di bawah ini adalah seglintir sahaja.

Pada tahun 2008, Anita telah diberi Anugerah OXCEL (The Oxford Centre for Leadership)Lifetime Achievement Award di OXCEL International Conference. Anugerah itu mengiktiraf kejayaan sebagai professional yang berjaya bukan sahaja di Asia tetapi juga di Las Vegas, USA.

Album

  • Asmara
  • Antara Yg Manis
  • Seksis
  • Anita Sarawak, Another Dimension

Lagu-lagu

  • Akhirnya Kini Pasti
  • Antara Yang Manis
  • Asmara
  • Bawalah Daku Pergi
  • Bercanda Di Pasiran Pantai ( Duet bersama Sudirman Hj Arshad )
  • Bisikan Cinta
  • Cintamu Muzik Dihatiku
  • Cinta Nan Satu
  • Dengar Ini Cerita
  • Getaran
  • Joget Sayang Di Sayang
  • Kisah Kawanku
  • Lodeh Mak Lodeh
  • Menunggu Nasi Minyak
  • Tragedi Buah Epal
  • Seksis
  • Ular